TARIKH KURSUS

3 – 5 APRIL 2017 | 9am – 5pm | JTC, Puchong Prima, Selangor

Kelainan dan kreativiti dalam melakukan persembahan slide yang kreatif adalah amat penting untuk menarik perhatian dan mempengaruhi audien dengan lebih berkesan. Kursus ini akan memberi pendedahan dan kaedah pembangunan slaid persembahan untuk lebih menarik. Kursus ini akan menyentuh mengenai manipulasi imej, teknik lakaran, rekabentuk 3D, bayang dan perspektif pantulan, template, video animasi dan poster.

Teknik serta tip dalam pembentangan slaid Powerpoint juga akan ditekankan dalam kursus yang praktikal ini. Peserta akan dilatih secara berperingkat untuk membuat teknik suntingan dan 3D bagi menghasilkan bahan slaid yang ingin dibangunkan. Hari kedua dan ketiga kursus akan memfokuskan teknik animasi, montaj dan pembikinan video seterusnya kaedah pelancaran yang lebih efektif.

DOWNLOAD BROSUR

Download Now

KEPERLUAN KURSUS

Keperluan ini disediakan untuk kursus yang diadakan di pusat latihan kami iaitu di JTC.

  • Komputer / Notebook disediakan
  • Makan dan minum disediakan.
  • Nota bercetak dalam Bahasa Melayu.
  • Pembelajaran dalam Bahasa Melayu
  • Penginapan tidak disediakan.

Nota: Sekiranya kursus diadakan di luar dari pusat latihan kami, peserta perlu membawa notebook / laptop dan Internet broadband sendiri.

LOKASI KURSUS

PENGANGKUTAN AWAM

  • LRT – turun di Puchong Prima (Laluan Sri Petaling / Putra Height / Kelana Jaya)
  • Bas RapidKL dari Pasar Seni KL (602) – hentian akhir Puchong Prima
  • Teksi / UBER – sekitar Lembah Klang
  • Bas Ekspress dari Pantai Timur (Transnasional) – hentian akhir Puchong Prima

Jarak JTC hanya 100m jalan kaki sahaja dari kemudahan di atas.

HOTEL BERDEKATAN

Anda boleh menginap dimana-mana hotel terdekat yang diingini di sekitar Puchong / Putrajaya / Shah Alam atau KL.

Untuk kemudahan pengangkutan awam yang mudah, gunakan LRT / Uber / Teksi dari hotel penginapan anda.

Hotel cadangan di sekitar Puchong ialah:

YURAN KEPANDAIAN

Hanya RM1,550 sahaja! / seorang.

Diskaun untuk 4 orang ke atas. Hanya RM1,350 sahaja! / seorang

CARA PENYERTAAN

Anda boleh melakukannya dengan beberapa cara berikut. Pilih salah satu sahaja sudah memadai!

1- Download Brosur Kursus di atas dan isikan Borang Pendaftaran yang disediakan (ada di dalam fail download). Emel / Faks semula kepada kami untuk pengesahan penyertaan.

ATAU

2- KLIK DAFTAR SEKARANG! Baca syarat penyertaan, isikan dengan lengkap dan ikut arahan. Submit online dan kami akan menerima info penyertaan anda.

ATAU

3- Hubungi Urusetia (Puan Faridah) 03-8052 4004 / 016-2636101 (Call / SMS / Whatsapp) : Isnin – Jumaat: 9am-6pm

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Shares
Share This
%d bloggers like this: