TARIKH KURSUS

28 – 30 OOS 2017 | 9am – 5pm | Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

Organisasi seharusnya mempunyai misi dan objektif untuk menyediakan perkhidmatan logistik yang cekap, cemerlang dan beretika. Untuk merealisasikan objektif tersebut, organisasi perlu memastikan pemandu mempunyai kompetensi sebagai seorang pemandu yang cekap, berdisiplin, berhemah, bertanggungjawab dan bermotivasi tinggi. Latihan yang komprehensif kepada semua kakitangan adalah sangat penting termasuk juga pemandu yang merupakan front liner dan mencerminkan imej sesebuah organisasi.

Gambaran keseluruhan kursus adalah termasuk statistik berkaitan kemalangan jalanraya, asas pemanduan dan kenapa perlunya kepelbagaian kemahiran di dalam pemanduan seharian dan juga kemahiran lain sebagai seorang pemandu. Antara modul lain dalam kursus ini termasuk etika dan protokol sebagai seorang pemandu dan penggunaan sistem GPS. Pengetahuan dan kemahiran menyelenggara kenderaan amat penting untuk pengguna dan juga menjimatkan kos. Peserta akan didedahkan kepada teknik mengesan kerosakan, penyelenggaraan dan membaikpulih enjin serta penggantian komponen.

Peserta akan dilatih untuk mengenali komponen enjin, kaedah menjaga dan membaikpulih enjin dengan sebaik mungkin menggunakan peralatan yang minimum. Ini akan memberikan peserta kemahiran dan pengetahuan untuk menyelenggara kenderaan dan mengenalpasti kerosakan sebelum dirujuk ke bengkel. Selain dari itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah pemanduan secara defensif dalam menghadapi situasi tertentu ketika pemanduan. Ini akan meningkatkan tahap keyakinan kawalan kenderaan ketika dalam keadaan kecemasan. 70 peratus dari modul kursus ini akan dikendalikan secara praktikal bagi membolehkan peserta mendapat pendedahan sepenuhnya.

LOKASI KURSUS

YURAN KEPANDAIAN

Hanya RM1,643 sahaja! / seorang.

Diskaun untuk 4 orang ke atas. Hanya RM1,431 sahaja! / seorang

CARA PENYERTAAN

Anda boleh melakukannya dengan beberapa cara berikut. Pilih salah satu sahaja sudah memadai!

1- Download Brosur Kursus di atas dan isikan Borang Pendaftaran yang disediakan (ada di dalam fail download). Emel / Faks semula kepada kami untuk pengesahan penyertaan.

ATAU

2- KLIK DAFTAR SEKARANG! Baca syarat penyertaan, isikan dengan lengkap dan ikut arahan. Submit online dan kami akan menerima info penyertaan anda.

ATAU

3- Hubungi Urusetia (Puan Faridah) 03-8052 4004 / 016-2636101 (Call / SMS / Whatsapp) : Isnin – Jumaat: 9am-6pm

DOWNLOAD BROSUR

Download Now
Shares
Share This
%d bloggers like this: