TARIKH KURSUS

12 – 15 FEB 2018 | 9.00am – 5.00pm | Penang / Langkawi

19 – 22 FEB 2018 | 9.00am – 5.00pm | Puchong Selangor

26 FEB  – 1 MAC 2018 | 9.00am – 5.00pm | Melaka / Johor Bharu

laravelAdakah anda ingin membangunkan sebuah sistem? Seperti sistem pendaftaran pelajar, sistem cuti, sistem tempahan dan lain-lain lagi. Tetapi tidak tahu caranya.

Apatah lagi tinggi kosnya jika mengupah developer atau vendor untuk membangunkannya?

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh membangunkankannya sendiri dengan mengggunakan kod pengaturcaraan berasaskan PHP dan pangkalan data MySQL atau MsSQL.

Teknologi hari ini membolehkan anda membina sesebuah sistem dengan mudah dan cepat dengan menggunakan PHP berframework. Tahukah anda Framework jenis Laravel adalah pilihan terbaik pada masa ini berbanding framework yang lain seperti CodeIgniter, Yii, CakePHP, Symfony dan lain-lain lagi.

Antara sebabnya kod Framework Laravel lebih singkat dan mudah diurus berbanding yang lain selain banyak lagi kelebihannya. Tahukah anda syarikat gergasi seperti Yahoo, Google, eBay, FaceBook, Oracle, Wikimedia juga menggunakan kod berasaskan PHP dan pangkalan data MySQL untuk sistem mereka.

Begitu juga banyak aplikasi popular CMS, E-Commerce seperti Joomla!, WordPress, Opencart dan lain-lain juga menggunakan PHP dan MySQL. Oleh itu, sangat sesuai untuk anda menggunakan PHP Framework & MySQL ini untuk pembangunan sistem anda.

OBJEKTIF

• Latihan 100% secara praktikal membangunkan sebuah sistem contoh menggunakan PHP Framework Laravel dan MySQL bermula daripada zero hingga berjaya menyiapkannya

• Mempelajari cara penggunaan Framework Laravel dan hubungannya dengan MySQL

• Mempelajari kaedah penting sesuatu sistem yang dinamakan CRUD (Create, Read, Update, Delete).

• Boleh menjadi sumber income tambahan jika bercadang mengambil upah membangunkan sesebuah sistem.

METODOLOGI

• Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer.

• Latihan membina sebuah sistem contoh supaya mudah mengaplikasikan tajuk yang dipelajari.

• Latihan memasang sistem yang disiapkan menggunakan domain & hosting sebenar (domain & hosting akan disediakan). Sistem yang telah siap boleh dicapai di Internet.

SIAPA PATUT HADIR?

√ System Developer / Software Engineer / Web Developer

√ Kakitangan kerajaan atau swasta yng terlibat dalam pembangunan sistem yang berasaskan PHP dan MySQL.

√ Pemilik atau kakitangan syarikat yang ingin membangunkan sendiri sistem untuk syarikat atau bisnesnya menggunakan sumber terbuka PHP dan MySQL.

√ Usahawan baru atau lama yang ingin membuka cabang bisnes baru dalam pembangunan sistem berasaskan PHP Framework & MySQL

√ Pelajar / individu awam yang ingin tahu cara membangunkan sesebuah sistem bagi meningkatkan skil individu atau menyiapkan projek.

PROFIL PENGAJAR

Sdr. Amirol Zolkifli merupakan seorang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran pembangunan sistem berasaskan PHP Framework Laravel dan MySQL. Beliau telah melatih ramai kakitangan kerajaan dan swasta samada secara in-house atau terbuka.

Beliau banyak menbangunkan sistem untuk jabatan kerajaan dan swasta. Antara sistem yang dibangunkan adalah untuk Jabatan Perdana Menteri, SifuFBAds dan lain-lain lagi.

Beliau juga mengkomersialkan sistem yang dibangunkan menggunakan platform PHP & MySQL dan digunakan oleh masyarakat awam iaitu antaranya Sistem Affiliate Lite, Facebook Page Tab, Sistem Borang, Kedai Online dan beberapa lagi.

Silibus dan Borang Kursus Sila Download Di Bawah

Download Now

Download brosur lengkap dan borang kursus.

KEPERLUAN KURSUS

√  Komputer / Notebook bawa sendiri. Notebook boleh disediakan jika kursus diadakan di pejabat kami @ JTC.

√  Makan dan minum disediakan.

√  Nota kelas bercetak disediakan dalam Bahasa Melayu.

√  Pembelajaran dalam Bahasa Melayu.

√  Domain dan hosting disediakan setiap peserta (untuk tujuan pembelajaran).

√  Internet UniFi disediakan (hanya kursus di JTC). Sila bawa broadband sendiri untuk kursus di luar JTC.

LOKASI KURSUS

PENGANGKUTAN AWAM

  • Tren LRT – turun di Stesen Puchong Prima (Laluan Sri Petaling / Putra Height / Kelana Jaya)
  • Bas RapidKL dari Pasar Seni KL (602) – turun di hentian akhir Puchong Prima
  • Teksi / UBER / GRAB – mudah di dapati di sekitar Lembah Klang
  • Bas Ekspress dari Pantai Timur (Transnasional / Ekpress Perdana) – turun di hentian akhir Puchong Prima

100m jalan kaki ke JTC dari jarak kemudahan di atas. Landmark JTC adalah berdekatan Maybank / Hong Leong Puchong Prima.

HOTEL BERDEKATAN

Anda boleh menginap dimana-mana hotel terdekat yang diingini di sekitar Puchong / Putrajaya / Shah Alam atau KL.

Untuk kemudahan pengangkutan awam yang mudah, gunakan LRT / Uber / Grab / Teksi dari hotel penginapan anda.

Hotel cadangan di sekitar Puchong:

YURAN KEPANDAIAN

Hanya RM2,385 seorang!

Diskaun 10% untuk 4 orang ke atas. Hanya RM2,146.50 seorang!

CARA PENYERTAAN

Anda boleh melakukannya dengan beberapa cara berikut. Pilih salah satu sahaja sudah memadai!

1- Download Brosur Kursus di atas dan isikan Borang Pendaftaran yang disediakan (ada di dalam fail download). Emel / Faks semula kepada kami untuk pengesahan penyertaan.

ATAU

2- KLIK DAFTAR SEKARANG! Baca syarat penyertaan, isikan dengan lengkap dan ikut arahan. Submit online dan kami akan menerima info penyertaan anda.

ATAU

3- Hubungi Urusetia (Puan Faridah) 03-8052 4004 / 016-2636101 (Call / SMS / Whatsapp) : Isnin – Jumaat: 9am-6pm

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Shares
Share This
%d bloggers like this: