TARIKH KURSUS

25 – 26 OKTOBER 2017 | 9am – 5pm | Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada hubungan dan komunikasi yang baik di antara organisasi dengan pelanggan dan pembekal. Kemahiran penulisan adalah suatu aktiviti harian yang penting di mana ia memerlukan kepada pengetahuan dan kemahiran tentang tatacara penulisan yang betul, penguasaan bahasa yang sesuai serta apresiasi tentang kualiti dan perkhidmatan pelanggan. Kebanyakan kita perlu melakukan penulisan dalam beberapa bentuk seperti memo, e-mel, surat rasmi, laporan, kertas kerja atau minit mesyuarat yang berkaitan dengan tugas seharian kita. Oleh kerana penulisan adalah satu bentuk komunikasi di antara dua pihak, maka adalah penting teknik dan format yang betul digunakan, bahasa yang sesuai digunapakai dan gaya yang berpadanan diambil untuk memastikan maklumat dan maksud yang tepat disampaikan kepada penerima atau pelanggan. Kursus ini akan membimbing peserta tentang kaedah penulisan memo, e-mel, surat rasmi dan minit mesyuarat secara efektif dan akan membantu peserta menghasilkan output yang terbaik dan bersesuaian seperti yang dihasratkan. Petunjuk-petunjuk yang diberikan akan membantu untuk memastikan memo dan surat rasmi yang ditulis mencapai tahap kualiti yang diinginkan oleh organisasi. Di peringkat organisasi yang lebih tinggi keperluan kepada maklumat juga bertambah kompleks. Ini memerlukan kepada penyusunan dan persembahan maklumat yang lebih berstruktur dan mudah difahami oleh semua pihak. Kegagalan menyatakan fakta dengan betul menggunakan format yang tertentu boleh menyebabkan penulisan yang dibuat tidak menepati kehendak pengurusan dan mengakibatkan tindakan tidak dapat diambil seperti yang diperlukan.

LOKASI KURSUS

YURAN KEPANDAIAN

Hanya RM1,450 sahaja! / seorang.

Diskaun untuk 4 orang ke atas. Hanya RM1,250 sahaja! / seorang

CARA PENYERTAAN

Anda boleh melakukannya dengan beberapa cara berikut. Pilih salah satu sahaja sudah memadai!

1- Download Brosur Kursus di atas dan isikan Borang Pendaftaran yang disediakan (ada di dalam fail download). Emel / Faks semula kepada kami untuk pengesahan penyertaan.

ATAU

2- KLIK DAFTAR SEKARANG! Baca syarat penyertaan, isikan dengan lengkap dan ikut arahan. Submit online dan kami akan menerima info penyertaan anda.

ATAU

3- Hubungi Urusetia (Puan Faridah) 03-8052 4004 / 016-2636101 (Call / SMS / Whatsapp) : Isnin – Jumaat: 9am-6pm

DOWNLOAD BROSUR

Download Now

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Shares
Share This
%d bloggers like this: