“Selesa dan Menyenangkan”

Latar Belakang

jtc-maybank

Pejabat JomTraining PLT di belakang bangunan Maybank Puchong Prima, Selangor ini.

JomTraining Centre atau ringkasnya JTC telah mula beroperasi pada bulan Februari 2008 tetapi menggunakan nama syarikat induk ketika itu ialtu LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.

Kini JTC di bawah nama syarikat JomTraining PLT adalah sebuah syarikat yang menyediakan khidmat latihan terutamanya latihan IT milik penuh bumiputera.

JTC juga menyediakan kemudahan sewaan bilik untuk kursus, seminar dan latihan berskala kecil dan sederhana yang lengkap dengan kemudahan projektor, komputer dan lain-lain keperluan yang bersesuaian.

JTC adalah sebuah jenama milik syarikat LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd. dan diuruskan sepenuhnya di bawah anak syarikatnya iaitu JomTraining PLT.

Sejak mula beroperasi, JTC telah melatih ramai kakitangan dalam kursus tertentu. Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, orang perseorangan dan juga pelajar IPT / IPTS.

JTC dan Pejabat Urusan telah berpindah ke pemis milik sendiri di Pusat Perdagangan Puchong Prima, Selangor mulai 1 Julai 2016.

JTC berpengalaman mengendalikan beberapa kursus samada secara terbuka atau dalaman kepada organisasi atau individu yang berminat. Untuk mengetahui kursus yang diadakan ketika ini boleh melihat senarai  atau jadual kursus di dalam laman web ini.

Shares
Share This