TERMA & SYARAT TEMPAHAN baca-100px

Sila Baca Prosidur Tempahan

A) DEPOSIT TEMPAHAN (BOOKING) booking-100px

  • Bayaran deposit tempahan dikenakan untuk booking tarikh.
  • Bayaran sebanyak RM100 / hari bagi setiap tarikh tempahan yang dibuat.
    • Contohnya: Jika anda menempah 2 hari, maka bayaran komitmen adalah RM100 x 2 hari = RM200 sahaja!
  • Bayaran ini adalah sebagai tanda komitmen untuk menggunakan JTC. Ini memandangkan kerap berlaku pihak pelanggan membatalkan tarikh kursus yang telah ditempah sedangkan kami terpaksa menolak tempahan lain demi menjaga tarikh ‘booking’ tersebut.
  • Bayaran deposit ini akan ditolak dari jumlah keseluruhan bayaran (invois) pada hari sewaan sebenar anda nanti.
  • Bayaran deposit komitmen tidak akan dikembalikan jika berlaku pembatalan atau penundaan (postponed) tarikh kursus disebabkan oleh anda. Tetapi akan dikembalikan jika ia disebabkan oleh pihak kami.
  • Bayaran sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan perlu dijelaskan 7 hari sebelum tarikh sewaan. Baki sebanyak 50% perlu dijelaskan sebelum tarikh sewaan atau pada hari sewaan tersebut.
  • Bayaran sewaan melepasi dari tempoh tersebut akan dikenakan caj lewat 6% dari jumlah sewaan.

 

B) CARA BAYARAN money-100px

  • Bayaran boleh dibuat samada secara online banking, tunai atau cek.
  • Maklumat pembayaran seperti di bawah:
    • Nombor akaun MAYBANK: 562777229134
    • Nama akaun: ADLINA RESOURCES
  • Selepas bayaran, sila hantarkan bukti bayaran melalui e-mel ke admin@jomtraining.com.my atau SMS / Whatsapp : 016-2636101 dan maklumkan jumlah bayaran dan tarikh tempahan.
  • Bayaran yang tidak dimaklumkan, kami tidak akan bertanggugjawab di atas transaksi tersebut.
  • Setelah anda membuat bayaran tersebut, kami akan ‘locked” tarikh tempahan di kalendar tempahan JTC. Selagi tiada bayaran dibuat, tarikh tersebut masih terbuka kepada umum untuk ditempah.
  • Kami tidak menjamin tarikh cadangan anda sebelum ianya ditempah oleh orang lain.

 

C) PENGESAHAN TEMPAHAN pengesahan-100px

  • Pengesahan tempahan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kursus / seminar anda dijalankan. Ini untuk memudahkan kami membuat persediaan (seperti tempahan katering dan persiapan bilik) yang sebaiknya.
  • Pembayaran penuh mesti dilakukan sebelum kursus bermula atau selepas sahaja tamat kursus.

 

D) PEMBATALAN TEMPAHAN cross-checkmark-merah-100px

  • Pembatalan tempahan perlu dimaklumkan melalui telefon (emel atau SMS tidak diterima bagi mengelakkan ‘misscommunication’) paling lewat 3 hari sebelum tarikh kursus anda.
  • Pembatalan tempahan yang disebabkan oleh anda deposit komitmen tidak akan dikembalikan.

 

E) PEMASANGAN SOFTWARE TERTENTU software-100px
.

  • Sebarang perisian yang akan digunakan MESTI disedia dan dipasang sendiri oleh pihak anda (melainkan telah sedia ada di dalam pc kami). Pihak kami sama sekali TIDAK menyediakan dan memasang perisian tersebut tetapi hanya boleh membantu proses pemasangan.
  • Pemasangan hendaklah dilakukan pada waktu pejabat / bekerja iaitu Isnin-Jumaat (9am-3pm) sahaja. Pemasangan di luar waktu pejabat boleh dikenakan caj tambahan.
  • Sekiranya anda ingin kami untuk memasang perisian (installation) tertentu (bahan / CD installation perlu disediakan oleh pihak anda), sila maklumkan kepada kami 5 hari bekerja lebih awal bagi memudahkan kami membuat persediaan. Pemberitahuan disaat akhir atau kurang dari tempoh tersebut tidak menjamin kami dapat melakukan pemasangan tersebut.
  • Anda perlu datang ke JTC untuk memasang sendiri perisian (installation) tertentu samada sehari atau 2 hari sebelum tarikh kursus atau lebih awal lagi. Sila maklumkan terlebih dahulu sebelum datang untuk krew kami menunggu anda nanti.
  • Kami tidak bertanggungjawab terhadap lesen dan hak cipta perisian yang dipasang.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Shares
Share This