Pada mulanya saya mencari beberapa tempat untuk mengadakan bengkel ebay tetapi setelah melakukan survey saya dapati harga yang diberikan sangat tinggi… itu belum masuk sewa projektor.

Akhirnya saya terjumpa JTC dan bertanya harga sewa yang ditawarkan…

Saya sangat terkejut harga tawaran sangat berpatutan dengan servis yang ditawarkan termasuk makan minum peserta.

Kebanyakan peserta bengkel ebay saya sangat berpuashati dan selesa oleh kerana kemudahan lengkap yang disediakan tak memerlukan peserta keluar dari JTC.

Jadi ini menjimatkan masa dan peserta dapat menepati masa untuk setiap sesi bengkel saya.

Kini dah 3 kali saya gunakan JTC dan baru sahaja menempah untuk menggunakannya buat kali ke 4.

Terima kasih atas servis terbaik oleh team JTC!

Mohd Najib Bin Asaddok

Trainer & Internet Marketer, https://www.facebook.com/najibasaddok

Segala- galanya yang dinyatakan oleh En. Zaki benar belaka. Saya amat berterima kasih kepada En. Zaki yang menyediakan tempat sebegini.

Pengalaman ngeri malapetaka saya di tempat lain membuktikan segala- galanya.

Mungkin En. Zaki tidak berapa ingat, saya telah menggunakan khidmat JTC sebanyak 9 kali sudah.

More to comes. Thank you very much En. Zaki!

AridzTech

Internet Marketer, https://www.facebook.com/mraridz

Pada mulanya saya tidak bercadang menggunakan JTC kerana saya telah ada tempat lain untuk seminar saya.

Namun disebabkan masalah tertentu saya terpaksa memilih JTC.

Tak sangka setelah menggunakan JTC, saya terus terpikat dengannya kerana kemudahan yang disediakan di sini sangat-sangat memuaskan.

Bilik training selesa, kemudahan komputer serba baru dan semuanya berfungsi dengan baik.

Makanannya pula sedap. Semua peserta saya pula berpuas hati dengan kemudahan yang diberi.

Mereka kata tak rugi datang seminar Ammar di sini…untuk mencari JTC pun tidaklah susah.

Selepas ini saya pasti akan gunakan JTC lagi…

Ammar Zahar

Internet Marketer, https://www.facebook.com/ammarzaharpage

Saya kenal pemilik JTC kerana beliau kawan lama saya. Tak sangka beliau dah ada jenama JTC. Asalnya saya memang tak bercadang gunakan JTC. Saya lebih suka cari di tempat lain.

Tetapi harganya agak tinggi berbanding JTC. Akhirnya saya memilih JTC.

Walaupun baru pertama kali gunakan JTC, tapi saya sangat berpuashati. Servis yang diberikan memang tip top!

Internet line di sini pun best. Kursus saya 99% gunakan Internet. Memang lancar jer… takde masalah.

Semua peserta kursus saya suka training di sini. Akan datang saya pasti akan gunakan lagi.

Izhan Khalib

IT Experts, http://www.anjungcafehosting.com/

Tiada cadangan, dah terbaik!

Kemudahan yang terbaik bagi saya. Semua kerja menjadi mudah, pantas dan memuaskan.

Saya ingin membuat bengkel lagi di sini pada masa akan datang.

Jamal

Sifu FBAds, https://www.facebook.com/sifufesbukads

Saya telah beberapa kali mengadakan seminar di JTC.

Sebelum ini saya mengadakan di hotel terpilih tetapi setelah pertama kali menggunakan JTC saya terus terpikat dan menggunakannya buat kali yang seterusnya.

Memang terbukti JTC terkenal dengan perkhidmatan terbaik dalam kemudahan latihan (training facilities).
Bagi yang belum menggunakannya, saya sangat syorkan anda mencubanya kerana segala yang disediakan adalah yang terbaik untuk anda.

Mereka sangat komited. Buktinya segala persiapan bilik kursus, alat bantuan mengajar, komputer, makanan dan lain-lain keperluan telah pun lengkap mereka sediakan sebelum kursus anda bermula.

Saya suka JTC. Semoga JTC terus maju.

Shuth

Internet Marketer, Shuth Network Sdn. Bhd.

Beberapa tahun menjalankan training dengan hanya mencari kolej sebagai tempat training, bukan tidak ingin mencuba training centre yang lebih profesional tetapi masih belum berjumpa dengan tempat yang betul-betul rasa sesuai dan selesa.

Beberapa bulan lepas terjumpalah satu tempat training iaitu JTC sewaktu melayari Internet. Psstt.. itulah kelebihannya apabila menjalankan dan mempromosikan perniagaan secara online.

Ingin mencuba tetapi belum sampai serunya dan rezeki itu datang tanpa diduga apabila diundang sebagai trainer untuk menjalankan bengkel ICT di sana.

JTC Puchong ini satu lokasi yang agak strategik, parking pun banyak dan FOC.

Tempat latihan bagi saya sangat sesuai, mungkin lain orang lain citarasanya tapi bagi saya jika seorang trainer itu seorang yang colourful, memang bagus tapi sangat baik jika suasana latihan itu tidak menyakitkan mata, contohnya penggunaan warna latar, wallpaper dan sebagainya dan saya andaikan semua orang inginkan seperti itu jadi saya sarankan anda memilih JTC sebagai tempat latihan.

Tidak percaya, tidak mengapa tapi datang sendiri dan lihat sendiri.

Memang ianya tidak setanding dengan tempat yang lebih besar dan high class tapi keluasaannya yang mampu menampung 20 – 30 peserta (bermeja) dalam satu-satu masa sangat sesuai berbanding dgn tempat yang sama luasnya tapi terlalu sakit mata memandang, biar simple tapi selesa dan biar tidak ramai tapi semua boleh memahami apa yang disampaikan.

Dari segi pengurusan, makanan yang disediakan memang sedap, tak tahu citarasa orang lain tapi ia cukup mengenyangkan dan membuatkan kita 2nd round.

Jika ada masalah teknikal ianya cepat disettelkan dan rasanya jika tuan empunya letakkan SLOGAN JTC di kaunter pertanyaan lagi sedap mata memandang cuma tak tahulah kalau saya terlepas pandang.

Next time jika ada peluang untuk menjalankan training sendiri, saya pasti memilihnya.

Terima kasih..

Muhammad Suhaily

Trainer Profesional, effectivepresenter.wordpress.com

Shares
Share This