Kursus Big Data Analytics telah diadakan pada 11-12 Mei 2024 selama 2 hari.
Kursus kali ini agak istimewa kerana ianya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.
Jarang sekali kursus kakitangan berkaitan kerajaan diadakan pada hari cuti@ hujung minggu.
Namun mereka sendiri yang memohon kursus ini diadakan pada hari tersebut.
Ternyata semangat mereka belajar tetap tinggi untuk mempelajari apa itu Big Data Analytics bersama tenaga pengajar yang mesra dan mudah difahami kaedah pembelajarannya iaitu Sdr. Zaki Yusof.
Disamping itu beliau suka mengendalikan kursus dengan santai-santai sahaja. Santai tetapi tetap fokus dan komit dalam pembelajaran.
Kursus ini telah mencapai objektifnya dengan menunjukkan cara-cara bagaimana mengurus dan mengalisis big data mengguakan MS Excel.
Boleh dikatakan kesemua mereka belum ada pengalaman dalam mengurus Big Data. Namun mereka mempunyai sejumlah big data untuk rekod-rekod di MAIWP.
Kursus dibekalkan dengan sample data yang sesuai dan menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi di dalam MS Excel seperti Pivot Table, Pivot Chart, Slicer, Power Query, Data Model, Dashboard dan lain-lain lagi.
Mereka juga dapat membina sendiri Dashboard seperti yang diinginkan.
Mereka sangat berpuashti dengan kursus ini dan bertanyakan pula apakah lanjutan selepas kursus ini?
Kami mencadangkan agar selepas ini mereka boleh menghadiri Kursus Power BI pula. Kami juga ada mengendalikan kursus ini.
Kursus Big Data Analytics menggunakan MS Excel 2021/23 @ 365
11-12 Mei 2024 (Sabtu-Ahad)
9:00am – 4:30pm
Bilik Orkid, JTC