Latar Belakang

JomTraining CentreJomTraining Centre atau ringkasnya JTC telah mula beroperasi pada bulan Februari 2008. Ia berstatus bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

JomTraining Centre (JTC) adalah suatu jenama, bukan nama syarikat. JTC menyediakan khidmat latihan terutamanya khidmat latihan dalam bidang IT. Ia terbuka kepada semua sektor pelanggan iaitu kerajaan, swasta atau individu.

JTC juga menyediakan kemudahan sewaan bilik untuk kursus, seminar dan latihan berskala kecil dan sederhana yang lengkap dengan kemudahan surau, bilik makan, projektor, komputer, internet berkelajuan tinggi UniFi dan keperluan lain yang bersesuaian.

Sejak mula beroperasi, JTC telah melatih ramai kakitangan dalam kursus-kursus tertentu. Mereka terdiri daripada pelbagai jawatan daripada pelbagai jabatan kerajaan, swasta, orang perseorangan dan juga pelajar IPT / IPTS.

Pejabat Urusan JTC terletak di Pusat Perdagangan Puchong Prima, Taman Puchong Prima, Selangor. 

Untuk mengetahui kursus yang diadakan ketika ini bolehlah melihat senarai kursus di laman web ini. JTC juga boleh melaksanakan kursus-kursus selain IT.

JTC diuruskan  oleh syarikat Adlina Resources yang merupakan anak syarikat kepada LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.

Visi, Misi dan Objektif

Visi

Menjadi sebuah sumber latihan dalam bidang khas IT yang dikenali di seluruh Malaysia di kalangan kakitangan kerajaan dan swasta sehingga dapat menghasilkan mutu kerja yang terbaik, cekap dan berkesan untuk organisasi.

Misi

  1. Memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, profesional, cekap dan berkesan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.

  2. Menjalin kerjasama erat dengan pelbagai pihak samada swasta, badan kerajaan atau individu bagi meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan latihan sesebuah organisasi.

Objektif

  1. Bersama memacu kecemerlangan dalam pembangunan modal insan demi menuju sebuah negara maju.

  2. Menjadi antara sumber khidmat latihan yang utama di kalangan kakitangan kerajaan dan swasta dalam bidang-bidang pengkhususan khas ICT.

  3. Bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa

Perkhidmatan

  1. Mengadakan dan menganjurkan kursus, seminar dan latihan berasaskan IT dan Soft Skill samada untuk kakitangan kerajaan, swasta atau individu.

  2. Menyediakan kemudahan penyewaan bilik latihan dan kursus berskala kecil dan sederhana yang selesa dan tersedia kemudahan yang bersesuaian termasuk UniFi berkelajuan tinggi dan projektor secara percuma.

  3. Mengadakan dan menganjurkan kursus dan latihan yang bersesuaian mengikut permintaan pelanggan.

  4. Menyediakan sewaan komputer (notebook), projektor, printer dan keperluan khidmat latihan.

  5. Menyediakan perkhidmatan tambahan yang sesuai dengan kepakaran semasa yang dimiliki.

Amalan Budaya JTC

  1. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perantara. Komunikasi pertuturan dan penulisan kami akan menggunakan bahasa Melayu yang betul.

  2. Mengamalkan kesopan santunan budaya Melayu tinggi. Kami memuliakan semua pelanggan kami dengan panggilan yang selayaknya mengikut kesopanan Melayu.

  3. Patuh syariah. Kami sebaik mungkin akan memberi gambaran yang sebenarnya untuk sesuatu kursus atau perkhidmatan kami yang lain. Kami sama sekali tidak akan memberi dan menerima rasuah.

  4. Akur kepada kebenaran biarpun ianya pahit. Kami tidak mengutamakan sesuatu secara membuta tuli. Kami akur jika ianya memang suatu yang benar. Begitu juga sebaliknya.