Terma dan Syarat Sewaan
Cara Booking Tarikh
- Bayaran deposit tempahan (booking) dikenakan untuk menempah tarikh. Bayaran booking / komitment adalah RM100 per hari bagi setiap tarikh tempahan yang dibuat.
- Contohnya: Jika anda menempah 1 hari, maka bayaran komitmen adalah RM100 x 1 hari = RM100. Manakala jika anda menempah 2 hari, maka bayaran komitmen adalah RM100 x 2 hari = RM200.
Bayaran ini adalah sebagai tanda komitmen untuk menggunakan JTC. Ini memandangkan kerap berlaku pihak pelanggan membatalkan tarikh kursus yang telah ditempah sedangkan kami terpaksa menolak tempahan lain demi menjaga tarikh ‘booking’ tersebut.
- Bayaran deposit ini akan ditolak dari jumlah keseluruhan bayaran (invois) pada hari sewaan sebenar anda nanti.
- Bayaran deposit komitmen tidak akan dikembalikan jika berlaku pembatalan atau penundaan (postponed) tarikh kursus disebabkan oleh anda. Tetapi akan dikembalikan jika ia disebabkan oleh pihak kami.
- Bayaran sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan perlu dijelaskan 7 hari sebelum tarikh sewaan. Baki sebanyak 50% perlu dijelaskan sebelum tarikh sewaan atau pada hari sewaan.
Cara Bayaran
- Bayaran boleh dibuat samada secara online banking, tunai atau cek.
- Maklumat pembayaran seperti di bawah:
ADLINA RESOURCES – 562777229134 – Maybank - Sila hantarkan bukti bayaran melalui e-mel ke admin@jomtraining.my atau SMS / Whatsapp : 016-2636101 dan maklumkan jumlah dan tarikh bayaran dibuat dan juga tarikh tempahan anda. Kami akan memberikan resit bayaran selepas bayaran tempahan diterima.
- Bayaran yang tidak dimaklumkan, kami tidak akan bertanggugjawab terhadap transaksi tersebut.
- Setelah kami menerima bayaran tersebut, kami akan ‘locked” tarikh tempahan anda di kalendar tempahan JTC. Selagi tiada bayaran dibuat, tarikh tersebut masih terbuka kepada umum untuk ditempah.
- Kami tidak menjamin sebarang tarikh cadangan anda sebelum bayaran tempahan diterima.
Pembatalan Tempahan
- Pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan melalui telefon, call atau wasap kepada kakitangan kami. Emel atau SMS tidak diterima bagi mengelakkan ‘misscommunication’.
- Pemberitahuan adalah paling lewat 3 hari sebelum tarikh kursus anda.
- Sebarang pembatalan tempahan yang disebabkan oleh anda, deposit komitmen yang dibayar tidak akan dikembalikan dan tarikh tempahan dikira terbatal.
- Sebarang pembatalan yang tidak dimaklumkan sebelum 3 hari tarikh kursus akan dianggap terbatal secara otomatis dan deposit komitmen yang telah dibayar tidak akan dikembalikan dan tarikh tempahan juga dikira terbatal.
Pengesahan Penggunaan
- Pengesahan penggunaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh sebenar tempahan anda dijalankan.
- Ini untuk memudahkan kami membuat persediaan (seperti tempahan katering dan persiapan bilik) yang sebaiknya.
- Pembayaran penuh mesti dilakukan sebelum kursus bermula atau selepas sahaja tamat kursus.
Pemasangan Software Tertentu
- Sebarang perisian baru (jika perlu) yang akan digunakan mesti disedia dan dipasang sendiri oleh pihak anda (melainkan telah sedia ada di dalam pc kami). Pihak kami sama sekali TIDAK menyediakan dan memasang perisian tersebut tetapi hanya boleh membantu proses pemasangan.
- Pemasangan hendaklah dilakukan pada waktu pejabat atau hari bekerja iaitu Isnin-Jumaat (10am-3pm) sahaja. Pemasangan di luar waktu pejabat atau cuti boleh dikenakan caj tambahan.
- Sekiranya anda ingin kami untuk memasang (installation) perisian tertentu (bahan / CD installation perlu disediakan oleh pihak anda). Sila maklumkan kepada kami 5 hari bekerja lebih awal bagi memudahkan kami membuat persediaan. Pemberitahuan disaat akhir atau kurang dari tempoh tersebut tidak menjamin kami dapat melakukan pemasangan tersebut.
- Anda perlu datang ke JTC untuk memasang sendiri perisian (installation) tertentu samada 1 atau 2 hari sebelum tarikh kursus atau lebih awal lagi. Sila maklumkan terlebih dahulu sebelum datang untuk krew kami menunggu anda nanti.
- Kami tidak bertanggungjawab terhadap lesen dan hak cipta perisian yang dipasang. Perisian yang dipasang hendaklah diuninstall semula selepas digunakan.
Penafian | Disclaimer
- Kami boleh membatalkan terus mana-mana tempahan yang akan atau sedang berlangsung di atas sebab tertentu yang menyalahi undang-undang. Deposit dan wang sewaan dan bayaran sewaan tidak akan dikembalikan.
- Kami boleh membatal atau menolak tempahan yang berunsur keagamaan selain daripada agama Islam.
- Kami berhak untuk tahu jenis kursus, seminar atau mesyuarat yang anda akan anjurkan sebelum atau semasa membuat tempahan.
- Kami boleh mengambil gambar tertentu, video pendek (bukan video keseluruhan program) untuk tujuan rekod pelanggan dan pemasaran tempat latihan kami.
- Penggunaan kemudahan adalah secara “as is” iaitu kemudahan yang sedia ada untuk digunakan.
- Penambahan kemudahan tambahan atau baru tiada jaminan untuk diadakan dan kami akan mengenakan caj tambahan jika diperlukan.
- Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas perkara yang berlaku di luar kawalan seperti ‘black-out’, gangguan talian internet disebabkan pihak ISP, gangguan lif, gangguan bekalan air dan apa-apa sebab di luar dari bidang kuasa penyelesaian atau kawalan kami.
- Walaubagaimanapun kami akan segera berhubung dengan pihak terbabit jika berlaku keadaan tersebut.