Accessibility Tools

Kursus Laravel Kraftangan

Kongsikan

Facebook
WhatsApp
Telegram
LinkedIn
Email
Print

Terima kasih kepada Kraftangan Malaysia kerana memilih kami sekali lagi dalam menjalankan kursus untuk pegawai mereka.

Ini adalah kursus lanjutan daripada kursus sebelum ini iaitu asas dan pertengahan yang dijalankan pada tahun 2021.

5 orang pegawai IT yang terlibat dalam kursus ini.

Sebenarnya mereka semua terlibat di dalam pembangunan dan pengurusan web e-Commerce Kraftangan menggunakan PHP Laravel Framework dan MySQL.

Oleh yang demikian mereka perlu mahir untuk mengurus dan mengendali web e-Commrce tersebut.

Web e-commerce tersebut adalah https://www.mycraftshoppe.com/

Kami diberi tanggungjawab untuk memberi mereka skill dan ilmu yang bersesuaian yang menjurus kepada portal e-Commerce Kraftangan sedia ada mereka.

Bukan perkara mudah sebenarnya kerana siistem e-Commerce adalah suatu sistem yang besar! Tetapi alhamdulillah kami dapat melaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Selepas ini nanti akan ada pula sesi Coaching bagi menambahbaik lagi skill mereka untuk pengurusan e-Commerce Kraftangan sedia ada.

KURSUS PHP LARAVEL FRAMEWORK & MySQL (LANJUTAN)
30 Mei – 1 Jun 2022
9.00pagi – 4.30ptg
Bilik Tulip, JTC
Pelanggan: PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA (Kraftangan)

 

Semua jenis berita

Maklumat anda tidak dapat disimpan. Sila cuba lagi.
Pengesahan emel anda berjaya. Sila semak emel anda sekarang.