Kursus PHP Laravel Framework dan MySQL yang menjadi pilihan ramai kakitangan kerajaan di Malaysia. Kami adalah perintis kursus ini dan.. ‘Cikgu’ kami yang sentiasa mesra dan senang melayan ‘anak murid’
Kursus Pengaturcaraan PHP Laravel Framework & MySQL
Menggunakan 100% perisian percuma!
Anda ingin membangunkan sebuah sistem untuk Jabatan atau Organisasi anda? Contohnya sistem pendaftaran pelajar, sistem cuti, sistem tempahan bilik dan pelbagai lagi? Tetapi tidak tahu caranya. Anda boleh saja mengupah vendor atau freelancer namun sangat tinggi pula kosnya. Apatah lagi untuk anda memahami kod-kod aturcaranya.
Tahukah anda, sebenarnya anda boleh membinanya sendiri dengan menggunakan kod-kod berasaskan PHP dan pangkalan data MySQL, MariaDB atau MsSQL. Namun. teknologi hari ini membolehkan anda membina sesebuah sistem dengan cepat dan mudah menggunakan PHP Framework.
Framework PHP Laravel adalah pilihan terbaik pada masa kini berbanding framework-framework yang lain seperti CodeIgniter, Yii, CakePHP, Symfony dan lain-lain lagi. Ini kerana kod Framework Laravel lebih singkat dan mudah diurus berbanding framework lain selain banyak lagi kelebihannya.
Tahukah anda syarikat gergasi seperti Yahoo, Google, eBay, FaceBook, Oracle, Wikimedia juga menggunakan kod berasaskan PHP dan pangkalan data MySQL. Begitu juga banyak aplikasi popular CMS dan e-Commerce seperti Joomla!, WordPress, Opencart dan lain-lain juga menggunakan PHP dan MySQL.
Kini semakin banyak Jabatan, Kementerian dan Agensi kerajaan menggunakan PHP Laravel Framework dan MySQL dalam pembangunan sistem dalaman mereka.
Objektif Kursus
- Latihan 100% secara praktikal membangunkan sebuah sistem contoh menggunakan PHP Laravel Framework dan MySQL bermula daripada zero hingga berjaya menyiapkannya.
- Mempelajari cara penggunaan Framework Laravel dan hubungannya dengan MySQL.
- Mempelajari 4 kaedah penting dalam pembangunan sistem yang dinamakan CRUD (Create, Read, Update, Delete) dengan menggunakan Laravel Framework dan MySQL.
- Boleh meningkatkan skill pengaturcaraan popular masa kini dan menjadi sumber income tambahan jika bercadang mengambil upah membangunkan sesebuah sistem.
Metodologi Kursus
- Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer yang akan ditunjukajar oleh tenaga pengajar.
- Latihan membina sebuah sistem contoh di dalam kelas supaya mudah mengaplikasi tajuk yang dipelajari di dalam kursus.
- Membina sebuah sistem contoh yang relevan untuk memudahkan pembangunan sebenar di dalam organisasi atau syarikat anda selepas tamat kursus.
Siapa patut hadir?
- System Developer / Software Engineer / Web Developer yang terlibat dalam pembangunan dan penjagaan sistem dalaman.
- Kakitangan kerajaan atau swasta yang terlibat dalam pembangunan sistem berasaskan PHP dan MySQL tetapi ingin meneroka cara baru dalam pembangunan sistem yang lebih moden dan pantas.
- Pemilik atau kakitangan syarikat yang ingin membangunkan sendiri sistem untuk syarikat menggunakan sumber terbuka PHP Laravel Framework dan MySQL.
- Usahawan baru atau lama yang ingin membuka cabang bisnes baru dalam pembangunan sistem berasaskan PHP Laravel Framework & MySQL.
- Kakitangan kerajaan, swasta, pelajar dan individu awam yang ingin tahu cara membangunkan sesebuah sistem bagi meningkatkan skill individu dan menyiapkan sesuatu projek.
Antara Sistem PHP Laravel Framework & MySQL Yang Telah Kami Bangunkan
- Sistem SISDESK – Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- Sistem e-Surat – Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- Sistem Cuti – FAMA
- Sistem Pertukaran Tempat Kerja – FAMA
- Sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) – FAMA
Modul Kursus
Tahap: Asas - Pertengahan (4 hari)
- Apa itu PHP?
- Apa yang dapat dilakukan dengan PHP?
- Pemasangan Web Server
- Bagaimana PHP berfungsi?
- Pengenalan Kepada Laravel
- Menyediakan keperluan persekitaran untuk membangunkan perisian Laravel
- Mengenali Composer dan Kepentingannya
- Memuat turun dan memasang Laravel
- Memahami Struktur Direktori Laravel
- Mengenali Namespaces
- Script PHP pertama saya.
- Sintaks asas PHP – pembolehubah, konstan dan jenis-jenis data.
- Sambungan Sintaks asas PHP – pembolehubah, konstan dan jenis-jenis data.
- Sintaks PHP
- Routing
- Asas Routing Laravel
- Get, Post, Put, Patch, Delete, Any
- CSRF (Cross-Site Request Forgeries) Protection
- Route Parameters – Route Groups
- Blade Templating (Views)
- Memahami Penggunaan Blade
- Menghantar Data Ke Blade
- Controllers
- Apa itu MySQL
- Mengapa gunakan MySQL
- Menetapkan username dan katalaluan
- Membina database
- Mencipta table
- Interaksi dengan MySQL – select, insert, delete, update, search
- Fungsi (function)
- Asas Penggunaan Controllers (menguruskan logik operasi sistem)
- RESTful Resource Controllers
- Method Injections
- Migrations & Seedings
- Bagaimana membina fail migrations dan models
- Bagaimana membina fail seeds
- Tips dan Triks Migration
- Eloquent Relationships
- Asas Eloquent ORM
- Mass Assignment
- CRUD (Create, Read, Update, Delete)
- Relationships
- Tips and Triks Laravel
- Form Validations
- Flash Messaging
- Form Model Binding
- Pagination