Hari ini dan esok kami dijemput untuk mengendalikan kursus ini kepada para pegawai Kementerian Pendidikan Bahagian Vokasional dan SM Teknik.
Kelas diadakan secara hybrid dimana seramai 25 orang secara bersemuka dan lebih 100 orang secara online.
Mereka terdiri dari para pegawai dan guru yang bertanggungjawab menjaga laman web setiap Kolej Vokasional dan SM Teknik masing-masing.
Tujuan kursus ini adalah untuk menunjukkan cara-cara menggunakan WordPress dan Page Builder Pro. Meraka akan membina sendiri web Kolej Vokasional dan SM Teknik masing-masing mengikut format dan standard Kementerian Pendidikan.
Kursus diadakan di Bangunan Mustafa Kamal, Cyberjaya.
Kursus Pembangunan CMS WordPress dan Page Builder Pro
13 – 14 Mac 2024
Bangunan Mustafa Kamal
Cyberjaya, Selangor.