Penyerahan Sistem kepada Ibu Pejabat FAMA

Selesai sudah pembangunan sistem e-PSM iaitu 3 buah sistem yang kami bangunkan untuk FAMA (Ibu Pejabat).

Majlis penyerahan sistem telah diadakan di Ibu Pejabat FAMA, Selayang pada 6 Januari 2023 (Jumaat) jam 9.30 – 11am.

Sistem ini diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (PSM), FAMA.

Sistem-sistem tersebut adalah:

1- Sistem Cuti

2- Sistem Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

3- Sistem Permohonan Pertukaran Tempat Kerja

Sistem e-PSM ini akan digunakan oleh kakitangan FAMA yang berkaitan di seluruh negara di seluruh cawangan yang ada. Walaupun terdapat sistem seperti ini di dalam HRMIS namun tidak semua perjawatan kakitangan mempunyai capaian HRMIS.

Umpamanya kakitangan perjawatan kontrak tidak mempunyai capaian sistem ini di HRMIS, maka pihak PSM mengambil inisiatif mewujudkan sistem ini untuk mereka. Dan dalam masa yang sama ianya juga memudahkan tugas PSM untuk mengurus dan mengendali semua permohonan berkaitan.

Kami sangat berbesar hati dapat membangunkan sistem ini. Sistem dibangunkan bermula dari zero sehingga siap menggunakan Laravel Framework & MySQL.

Salah satu cabaran sistem ini ialah kami mesti membangunkannya menggunakan Sigle Sign-On (SSO).  Data dan rekod kakitangan pula akan diambil secara auto dari LDAP dan beberapa sistem maklumat kakitangan sedia ada FAMA.

Seperti biasa setiap pembangunan sistem mempunyai cabaran dan rintangan yang tersendiri namun akhirnya ianya dapat diselesaikan seperti yang dikehendaki oleh pelanggan kami.

Login utama sistem e-PSM

P/S – Anda berminat untuk menggunakan sistem seperti ini di Jabatan / Organisasi anda? Sila hubungi / wasap 019-2626101 untuk maklumat lanjut.

 

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
Print
Kategori Berita