Kursus Web e-Commerce IKM Sungai Petani

Kongsikan

Facebook
WhatsApp
Telegram
LinkedIn
Email
Print

Kursus Web e-Commerce telah diadakan untuk IKM, Sg. Petani pada 16-18 April 2024.

Kursus diadakan di Hotel Raia Inn, Penang. Program diadakan selama 3 hari 2 malam.

Ia dihadiri oleh para pensyarah IKM Sg Petani dengan tujuan mereka memperolehi ilmu dan pengetahuan dalam pembangunan sesebuah web e-Commerce.

Apa yang mereka pelajari bakal dikongsikan di dalam program pembelajaran @ kursus IKM mereka kelak.

Sudah lama program ini dirancang bersama JTC dan akhirnya dapat juga dilaksanakan dengan jayanya.

Kursus ini juga memberikan hosting dan domain yang sebenar kepada setiap peserta bagi membina sendiri web e-Commerce sebenar di Internet.

Mereka juga ditunjuk ajar bagaimana membuat payment gateway sebenar di web e-commerce yang dibina.

Mereka diberikan akaun hosting cPanel selama tempoh setahun untuk membolehkan mereka menggunakannya selepas tamat kursus ini.

Kursus Web e-Commerce
16-18 April 2024. 
8am – 5pm
Hotel Raia, P.Pinang.

Semua jenis berita

Maklumat anda tidak dapat disimpan. Sila cuba lagi.
Pengesahan emel anda berjaya. Sila semak emel anda sekarang.