Coaching Bengkel Pengurusan Web Hosting cPanel / Direct Admin khas untuk kakitangan Lembaga Pelabuhan Bintulu, Sarawak telah diadakan selama 3 hari.
Mereka telah beberapa kali datang menghadiri kursus di JTC kerana yakin dengan kemampuan JTC mengendalikan kursus yang mereka inginkan.
Mereka sangat berpuashati dengan ilmu yang diperolehi dengan silibus kursus di JTC. Walaupun jauh dan perlu berkursus beberapa hari tetapi masih tetap memilih JTC untuk kursus ini.
Dalam kursus ini kami telah menyediakan akaun web hosting cPanel (termasuk domain) sebenar untuk digunakan di dalam kursus dan mempelajarinya dengan persekitaran sebenar.
Mereka juga telah berjaya memasukkan sistem Cuti @ e-Leave yang mereka bangunkan ke dalam server hosting dan mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk tujuan tersebut.
Coaching Bengkel Pengurusan Web Hosting cPanel / Direct Admin
27 – 29 Mei 2025
9:00 am – 4:30 pm
Bilik Tulip





