Kursus AI Powered Coding : The Future of Software Development

Kongsikan

Facebook
WhatsApp
Telegram
LinkedIn
Email
Print

Alhamdulillah, baru selesai melaksanakan kursus berkenaan AI untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya.

Permintaan dari pihak KPKT adalah untuk menunjukkan kepada pembangun sistem mereka bagaimana AI dapat membantu dalam pembangunan sistem.

Kursus diadakan selama 3 hari di The Everly Hotel Putrajaya dan kami menunjukkan kaedah secara praktikal penggunaan AI yang sesuai untuk membangunkan sistem.

Bermula dari langkah awal sehinggalah AI membangunkan sendiri kod-kod pembangunan sistem.

Banyak teknik dan kaedah yang ditunjukkan untuk dijadikan sebagai panduan. Ianya tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati kerana AI juga seperti otak yang perlu diberi arahan jelas untuk melaksanakan sesuatu arahan dengan tepat dan betul.

Memang jelas sekali dengan menggunakan AI dapatlah membantu pembangun sistem membangunkan sistem mereka dengan lebih mudah dan cepat. Namun, ia harus menggunakan AI yang betul kerana banyak jenis AI yang ada.

Zaman ini, jangan tinggalkan AI. AI tidak boleh menggantikan manusia. Tapi manusia tanpa AI akan digantikan oleh manusia lain yang pandai AI.

Kursus AI Powered Coding : The Future of Software Development
7 – 9 Okt 2025
9am – 5pm
Bilik Irama 7
The Everly Hotel Putrajaya

Semua jenis berita

Maklumat anda tidak dapat disimpan. Sila cuba lagi.
Pengesahan emel anda berjaya. Sila semak emel anda sekarang.