Kursus Web Profesional CMS Joomla! 3.x (versi terkini) + Page Builder Pro

Asas, Pertengahan, Lanjutan

Pengenalan

Penampilan sesebuah laman web Joomla! adalah melambangkan profesionalisme sesebuah organisasi.

Ia adalah pandangan pertama yang harus diberi perhatian. Tidak kira samada pihak kerajaan atau swasta, web yang menonjolkan gaya korporat dan professional lebih diyakini oleh pengunjung berbanding web yang tiada ciri-ciri demikian.

Laman web yang tidak dikemaskini dan diselenggara dengan baik, ianya juga boleh menjejaskan imej, reputasi dan profesionalisma sesebuah organisasi.

Hari ini, web responsive adalah kriteria penting kerana web perlu mudah dilihat di mobile device pengguna seperti smart phone, ipod, ipad, tablet dan sebagainya. Oleh itu Joomla! sangat praktikal tujuan tersebut.

Joomla! banyak digunakan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi kerajaan dan swasta di Malaysia untuk laman web rasmi atau portal mereka.

Joomla! juga mempunyai extension yang pelbagai dan menarik untuk digunakan bagi memenuhi keperluan sesebuah web korporat.