Selesai sudah Kursus Pembangunan Web Profesional Joomla! dan SP Page Builder Pro untuk pegawai ADTEC @ ILPKL.
Kursus selama 4 hari bermula dari pengenalan Joomla! 5.x sehingga dapat membangunkan portal menggunakan SP Page Builder Pro yang mudah.
Kami boleh simpulkan kursus selama 4 hari ini lebih lengkap berbanding kursus yang biasa dijalankan selama 3 hari sebelum ini.
Demo site portal Joomla! yang telah siap dibangun menggunakan SP Page Builder Pro juga diberikan sebagai panduan dan bantuan di dalam kursus. Ini juga menjadi rujukan yang memudahkan selepas tamat kursus.
Kursus Pembangunan Web Profesional Joomla! 6.x + SP Page Builder Pro
28 – 31 Okt 2025 (4 hari)
9am – 4:30pm
ADTEC @ ILPKL, Kuala Lumpur.