Kursus PHP Laravel Framework & MySQL di MPOB

Kongsikan

Facebook
WhatsApp
Telegram
LinkedIn
Email
Print

Kursus telah dijalankan untuk kakitangan Malaysian Palm Oil Board (MPOB) @ Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Seramai 15 orang kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat menghadiri kursus ini.

Kursus kali ini adalah Tahap Asas memandangkan para peserta difahamkan belum mempunyai pengalaman dalam pembangunan PHP Framework. Seperti apa itu MVC dan sebagainya?

Kursus ini bermula dengan menunjukkan dari peringkat awal hingga siap serta konsep yang betul untuk membangunkan sistem berasaskan Laravel Framework & MySQL.

Ditambah pula dengan penggunaan AI, ianya banyak membantu dalam pembangunan.

Sistem yang dipilih untuk dibangunkan oleh peserta di dalam kursus ini adalah e-Jobs. Ianya adalah pilihan daripada peserta sendiri. Oleh itu CIkgu akan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana kaedah membangunkam sistem tersebut.

Jadi tamat kursus dapatlah gambaran sebenar sebuah sistem yang dibangunkan. Dan selepas ini  dapatlah disanbung perkara yang masih belum ada untuk melengkapkan lagi sistem.

Selepas ini pihak MPOB telah melantik kami untuk melaksanakan kursus yang sama tetapi untuk Tahap Pertengahan (Intermediate) pula. InsyaAllah akan diadakan bulan Julai 2025 nanti.

Kursus Pengaturcaraan PHP Laravel Framework & MySQL + Integrasi AI (Tahap Asas)
23 -26 Jun 2025
9am -4:30pm
Pusat Inovasi, Ibu Pejabar MPOB

 

 

 

Semua jenis berita

Maklumat anda tidak dapat disimpan. Sila cuba lagi.
Pengesahan emel anda berjaya. Sila semak emel anda sekarang.