Tahukah anda Joomla! 4 telah secara rasmi dilancarkan kepada umum pada 17 Ogos 2021. Sudah hampir 2 tahun usianya.
Joomla! 3 pula akan tamat tempoh hayat (EOL) pada 17 Ogos 2023. Ia mula dilancarkan kepada umum pada 27 Sept 2012.
Kini sudah hampir 11 tahun usianya.
Ini bermakna Joomla! 3.x sudah tidak ada lagi fail kemaskini selepas daripada tarikh itu.
Dan sudah tentu Joomla! 4.x menjadi pilihan utama untuk pembangunan sesebuah web yang baru.
Untuk pengetahuan anda, komuniti Joomal! juga menyarankan mana-mana laman web baru yang dibangunkan dengan Joomla! hendaklah menggunakan Joomla! 4.
Pada minggu lepas pihak JTC telah mengendalikan sesi personal coaching kepada dua orang kakitangan kerajaan.
Mereka ialah Encik Hakim daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Encik Ridzuan daripada National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM).
Mereka juga pernah menghadiri beberapa kursus di JTC seperti PHP Laravel Framework dan MySQL serta Joomla! 2.x dan 3.x
Kursus diadakan selama 3 hari termasuk penggunaan Page Builder Pro yang memudahkan pembangunan template Joomla!.
Video installation Joomla! 4 seperti di dalam kelas (maaf gangguan bunyi kipas angin).